DISELUBUNGI KETAKUTAN: Sebuah keluarga Iraq berkumpul di luar rumah mereka di perkampungan Mullah Eid, Baquba, ketika tentera Amerika melakukan pemeriksaan mencari senjata pemberontak al-Qaeda.
Iraq tidak nikmati demokrasi seperti dijanjikan Washington CAMPUR tangan tentera Amerika Syarikat di Iraq masuk tahun ke-6 dan disambut dengan bantahan di seluruh dunia minggu ini. Di Baghdad, penduduk Iraq berkata, Amerika gagal dalam kempen mewujudkan demokrasi di negara mereka selepas menggulingkan pemerintahan Presiden Saddam Hussein.
“Presiden Amerika, George W Bush, berkata dia menang, tetapi bagi saya, beliau hanya mencapai satu perkara saja, iaitu memusnahkan negara ini,” kata Abu Fares al-Daraji, seorang pekedai di Saadun Street, kawasan yang sebelum ini sibuk di tengah kota Baghdad. Bagi Fares dan ramai rakannya, pergaduhan mazhab Syiah dan Sunnah menyebabkan orang tidak lagi memikirkan mengenai era kuku besi Saddam. Malah, ramai beranggapan Washington saja yang mendapat untung daripada konflik di negara Teluk itu. “Amerika mencapai kemenangan dengan memperkuat kawalannya di rantau ini khususnya di Iraq yang strategik untuk menyekat ancaman Iran. Mereka hanya melindungi kepentingan sendiri bukan untuk faedah penduduk Iraq.

“Amerika kini menyambung suasana seperti pemerintahan Saddam. Keputusan muktamad dipegang oleh mereka dan kerajaan (Iraq) tiada suara sama sekali. “Ini bukan kemenangan. Amerika membawa perkara yang kami tidak pernah ketahui sebelum ini seperti keganasan dan pembunuhan yang berlaku di depan mata,” kata Fares. Menjelang ulang tahun ke-5 konflik, Bush terus mempertahankan keputusannya menakluk Iraq dalam satu ucapan di Pentagon dengan berikrar askar Amerika tidak akan berundur dan pasti mencapai kemenangan. “Selepas lima tahun konflik ini berlarutan, boleh difahami perbincangan diadakan sama ada perang ini wajar dilancarkan, sama ada kita akan menang. Jawapannya jelas. Menggulingkan Saddam Hussein adalah keputusan yang betul.
“Askar memasuki Iraq lima tahun lalu bagi menyingkirkan seorang pemerintah kejam, membebaskan negara itu dan menyelamatkan berjuta-juta orang daripada kekejamannya,” kata pemimpin Amerika itu. Bagaimanapun, Bush tidak membincangkan permasalahan dan penderitaan penduduk Iraq, sekalipun Saddam dihukum gantung sampai mati pada Disember 2006 selepas didapati bersalah oleh mahkamah atas dakwaan jenayah kemanusiaan. Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dalam laporan terbarunya juga menyatakan, nasib berjuta-juta penduduk Iraq yang tidak ada akses kepada air bersih, khidmat kebersihan dan kesihatan disifatkan sebagai yang paling kritikal di dunia. Bush hanya mengakui perang Iraq memberi kesan buruk kepada penduduk, tetapi kemudian mengulas: ‘Perang Iraq akan berakhir dengan kemenangan.’ Ketua Pengarang akhbar Al-Bilad Al-Yawm, Tareq al-Maamuri, bagaimanapun, mempunyai pandangan berbeza mengenai perkataan kemenangan digunakan Bush. “Kemenangan bermaksud bilangan matlamat yang ditetapkan Amerika sebelum perang dan berapa banyak berjaya dipenuhi,” katanya. Sambil menyambut baik tindakan Amerika menggulingkan Saddam, pada masa sama beliau berkata, Washington gagal membuktikan bekas diktator itu memiliki senjata pemusnah besar (WMD) mahupun hubungannya dengan al-Qaeda. Tareq sebaliknya mengeluh kerana Amerika gagal menyebarkan demokrasi di Iraq selepas peperangan berakhir. “Secara teori, mereka melaksanakan demokrasi dengan mengadakan pilihan raya, menghasilkan Perlembagaan baru dan memberi kebebasan media. “Tetapi, kenyataannya, demokrasi tidak wujud kerana negara masih lemah dan tidak dapat memberi keselamatan atau menyediakan keadaan membolehkan sistem demokrasi berfungsi baik. “Penduduk Iraq masih menghadapi cabaran besar yang perlu dimenangi. Mereka mesti menghapuskan militia dan membentuk tentera yang besar dan setia kepada negara bukan kepada pihak tertentu, selain memerangi rasuah. “Dari segi ini, tidak banyak yang dicapai dan adalah terlalu awal untuk berkata bahawa rakyat Iraq menang kerana mereka perlu menyelesaikan rasuah pentadbiran dan keganasan,” kata seorang lagi warga Iraq. Kesimpulannya diberi seorang guru, Nisreen Mohammad yang berkata: “Perang menyebabkan Saddam hilang kuasa, tetapi Amerika gagal memulihkan ekonomi dan Bush pula seperti tidak memahami masalah ini.” - Berita Harian, AFP